Aku Adalah Aku...
Jahatnya Kamu!!
Wednesday, February 6, 2013 @ 9:30 AM | 0 Comment [s]

Assalamualikum.... ^__^

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup di dunia ini... sekadar ingin berkongsi.. fadh ada baca buku Art Of Deception... dalam buku tu banyak sangat perkara yang kita tak tahu mengenai Israel.. Banyak sangat yang fadh baru tahu...

Antaranya yang selalu fadh guna dan tengok ialah:

1. produk Amway
2. McD
3. Colgate
4. M&M
5. Mars
6. Snikers
7. Milo
8. Disney
9. Universal Studios
10. Johnson & Johnson

huhu... banyak sangat kan?? sebenarnya banyak lagi... sangat banyak.... fadh cuba untuk mengelakkan diri daripada melihat dan membeli barabg2 Israel.... so, ayuh! kita sama2 BOIKOT mereka.. mungkin ramai yang kata xde effect pun BOIKOT mereka.. tetapi pada pandangan fadh, setidak-tidaknya kita telah membantu sedikit dalam menghalang duit kita disalurkan untuk kekejaman mereka terhadap saudara kita di Palestin, Gaza, Syria, Iraq dan Malaysia.. fadh mintak sangat jasa baik sahabat2 sekalian agar berhati-hati dalam membeli sesuatu barang di kedai... kerana sesungguhnya Israel telah menguasai ekonomi global... mungkin susah bagi kita untuk mengelaknya, tetapi setidaknya kita ada memberi sumbangan dalam usaha menghalang duit kita untuk memusnahkan saudara kita sendiri!!!! Allahu Akbar!!!!

rasanya setakat itu sahaja... Sesungguhnya ujian itu sangat MANIS... sahabat-sahabat sekalian, fadh mohon doakan fadh diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian ye... moga kita semua dapat berjumpa di Jannah di akhirat kelak... Ameen.... 
terima kasih semua....
Uhibbuki fillah abadan abada....
^_______^

~PANCAKE~
Friday, December 21, 2012 @ 1:02 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum semua...

Hari Jumaat merupakan hari terbesar umat Islam.. marilah kita menyambutnya dengan memperbanyakkan sunnah2 Rasulullah.. antaranya mandi sunat hri jumaat, baca surah Kahfi dan potong kuku... Hari tu tengok rancangan 30 minit Ustaz Don.. ustaz Don kata dapat pahala potong kuku hari Jumaat hanya sampai Solat Jumaat sahaja.. lebih daripada tu dapat pahala membersihkan diri... maknanya, klu potong sebelum solat waktu Solat Jumaat, kita akan dapat 2 pahala, iaitu hari jumaat dan bersihkan diri.. sama2 kita amalkan... InsyaAllah... ^__^

jauhnye pusing.. huhu.. sebenarnya nak cerita yang ni.. 

Pagi semalam (Khamis) dan pagi sebelumnya (Rabu) saja la try buat pancake Sri Kaya... Hari pertama buat, alhamdulillah jadi... resepinya fadh ambil dari blog Che Mat Gebu.. (http://www.tiffinbiru.com/2011/06/seri-kaya-pancaketembam-nyaaa.html).. terima kasih Che Mat Gebu kerana berkongsi esepi yang sedap ni.. tapi fadh buat tidak segebu yang Che Mat Gebu buat..

my first trial (Rabu)... bawah ni gambar pancake yang pertama fadh buat...

along kata xgebu.. huhu..

keesokan harinya (Khamis).. along suruh buat lagi.. along kata buat banyak2.. doublekan resepi.. hehe.. fadh pun taat la.. doublekan resepi tu... ini lah hasilnya... lagipun ramai orang, so adelah yang tukang habiskan nti.. hehe..

banyakkan?? huhu..

much better than before.. gebu la sikit.. :)

yang ni fadh punya.. 
yum3.. 
^_^

sekian sahaja... wassalam..








12.12.12
Wednesday, December 12, 2012 @ 11:52 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum..
huhu.. sudah lama tidak post kn? xtau nak pos ape... so... kebetulan hri ni 12.12.12.... xde ape2 maksud pun.. cuma hri ni anniversary along ngn bjat yang ke-4... hehe... itu je..
salam...

Masak
Tuesday, June 12, 2012 @ 11:50 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..

Masak?
hmm...
macam pelik je..
lagi2 bila masuk dapur..
kisahnye begini..
mak dan abah fadh balik kg sebab ade urusan yang tak dapat dielakkan..
oleh itu, tinggallah kami berdua di rumah selama dua hari iaitu Ahad dan Isnin..
fadh hantar dan ambil adik di sekolah..
petang tu terasa nak makan ayam masak black pepper..
on laptop ngan internet..
tanye la dekat en GOOGLE pastu jumpa satu blog ni... 
simple je resepi ayam masak black pepper yang dibuat..
credit to tuan punye blog ---> http://fisziomar.blogspot.com
terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..
:D

fadh follow resepi dia, cuma ter"excited" letak black pepper pulak..
hehehe....
memang 'HOT' lah..
so, fadh tambah sedikit gula..
malam tu, mak dan abah balik, 
kiteorang pun makan la ayam masak black pepper yang terlebih HOT tu..
hehehe...
lepas ni da boleh budget untuk masak ayam black pepper..

tadaaaaaaaaaaa!!!!!
inilah hasilnye....


yang ni nampak kurang menarikkan??
hehe..



jom MAKAN!!
terlebih kuah pulak..
yela, kan HOT pon terlebih..
hehe..

peace
^__^


Inspirasi Peribadi Mulia.....
Tuesday, June 5, 2012 @ 1:26 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. sudah lama fadh tidak update blog ni.. almaklumla, konon2 busy.. hehe.. baru-baru ni fadh ade jumpe satu majalah ni.. MUSLIM TEENS namanye.. baru je ade kat pasaran.. mungkin kurang sesuai untuk fadh, tp fadh suke majalah ni sebab kartun2 dalam majalah ni cooomeeellllllll sangat!! nak lukis tak pandai.. actually, input dalam magazine ni tak la heavy sangat.. kire fadh boleh terima la input dalam majalah ni.. salah satunya bahagian Srikandi Syurga, fadh tak tau pun mengenai info ni sebelum ni.. yang ni fadh ambil daripada majalah Muslim Teens bilangan 3.. 

~ HALALKAN CAHAYA ITU ~

Suatu hari, seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hambali lalu dia berkata, 
"Wahai Imam Hambali, dengarlah kisahku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan Allah SWT. Sesungguhnya aku ini seorang wanita yang miskin, aku tidak punyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat sehingga kami tidak punyai lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara hidup kami empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya pada siang hari. "

"Di manakah suamimu?" tanya Imam Hambali.

"Suami saya gugur syahid apabila bertempur dengan Khalifah Al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak itu hidup kami melarat," jawab wanita itu.

Kemudian wanita itu menyambung lagi, 
"Disebabkan rumah saya tak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang, barulah saya dapat memintal benang. Pada suatu malam, ada khalifah dagang dari Syam datang lalu singgah berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga rumahku menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku apakah wang hasil jualan benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik khalifah itu halal untuk aku gunakan?"




Imam Hambali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya, 
"Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?"

Wanita itu menjawab dia adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang Imam Hambali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal soleh. Imam Hambali menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. 

Setelah tangisannya reda, maka Imam Hambali berkata, 
"Sesungguhnya aku amat takut akan azab Allah, kerana itu berilah aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu itu. Pulanglah ke rumah dan datanglah ke sini lagi esok hari."

Malam itu Imam Hambali berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT. Pada keesokan harinya, wanita itu kembali ke masjid untuk mendapatkan jawapan yang telah dijanjikan. 

"Bagaimana dengan jawapan mengenai pertanyaanku semalam?" 
tanya wanita itu sebaik sahaja dia bertemu dengan Imam HAmbali.

Lalu Imam Hambali berkata, 
"Wahai wanita solehah, sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serbanku ini. Sesungguhnya kanu seorang wanita yang luhur bertaqwa dan penuh rasa takut kepada Allah. Berkenaan pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu maka tidak halal kamu menggunakan wang hasil barangan jualan itu."

Mendengar jawapan daripada Imam Hambali, wanita itu merasa susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui seorang demi seorang bagi mendapatkan keizinan. 

Berita tentang wanita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita itu lalu memberinya wang sebanyak 10,000 dinar. Wanita itu menemui Imam Hambali sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya. 

"Khalifah juga pernah memberikan wang kepadaku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan kepada fakir miskin yang aku temui di jalan,"
jawab Imam Hambali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir miskin dan hanya mebgmbil sedikit sahaja daripada wang itu untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.


SubhanAllah... mulia sungguh mereka.. kalau kita, lantaklah.. janji aku SENANG.. fadh sendiri tak sampai tahap cmtu.. kalau orang bagi duit, biasenye kita akan ambil yang banyak kn? yang balance itu la yang selalunya kita spend untuk sedekah.. tu yang biasenye fadh nampak dan fadh pernah buat.. 

PESANAN untuk DIRI : 
from now on, kurangkan belanje dan budget untuk tolong orang lain sepatutnye lebih daripada sebelum ni.. hehe.. mcm tak kena dengan cerita tu kan? 

jOm-JoM... ^_^
Sunday, February 5, 2012 @ 12:25 PM | 0 Comment [s]

salam...
hanya video yang mampu dikongsi kali ini..

video 1..
Doa Dhuha...
by UNIC

Sama-sama kita hayati bait-bait doa ini..



video 2..
Qasidah Burdah..
sungguh Indah..


sekian..
wassalam...
^_^

~BiNtAnG~
Thursday, January 26, 2012 @ 2:08 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum...


lama sudah rasanya tak menulis... fadh tak pandai menulis kat blog macam blogger yang lain.. tapi hari ni fadh nak memenuhi entry blog nie.. sempena cuti raya cina ni kan, fadh banyak jumpe budak kecik.. sume comel-comel.. geram~~ mereka cute sangat~ walhal baru jumpa mereka dua kali.. tapi masa jumpa tu, macam da lama je... masa jumpa kali pertama, mereka semua masih kecil lagi, bawah 5 tahun.. (ayat macam budak skola rendah =.=")


Hari Ahad lepas (22/1/2012), pergi rumah kawan mak.. berkenalan dengan pasangan beradik yang bernama Alya Najwa dan adiknya Aida Qistina.. mereka suka main baby... masing-masing ade baby doll... yang si kakak ni peramah orangnye... kebetulan fadh pakai brooch yang fadh buat.. Alya tanye "Mana Aunty dapat bintang ni? cantiklah.. Alya nak, boleh?". fadh hanye tersenyum.. hehe, klu ikutkan hati, memang nk bagi aje kat Alya.. tapi, kalau bagi kat Alya, mesti Aida nak jugak.. fadh bawak satu je bintang tu.. Masa nak balik, Alya cakap "Aunty, nanti datang lagi tau...". hehe, "ok", jawab fadh... 


Keesokan harinya, erm.. ade majlis pertunangan pulak.. yang bertunang ni kire pangkat makcik fadh la.. kat sini lagi ramai budak kecik yang fadh jumpe... antarenye.......... Adam, Umar, Hawa, Sapiyah, Aqilah dan Aisyah...... sampai je, ade la sorang budak laki nie ckp "Hei you, you pegi mane? lama i tak nampak you.." hoho.. sudah...... "sape plak le budak laki nie?" fadh pon jawab le, konon2 kenal dye.. "i kat rumah i le.." pastu, mak tegur dak laki tu.. "Adam berapa tahun?" "Enam", jawabnye... ooooooooooooooooooo.... budak nie..... yang gi majlis kawen angah dulu......... anak pak uda... cucu Tok Busu.... hahaha... dye ingat fadh lagi rupenye... terharu... :p pastu, ntah macam mana boleh terapat plak ngan Adam ni.. nakal sungguh la budak nie.. macam-macam dye buat.. meludah le, baling puntung rokok le... haish.... sabo je la... huhu.. Adam ni jeles dangan adik dye, Umar.. bila fadh pangku Umar je.. terus dye jadi baik.. hee~~ dye pon nak pangku jugak... Adam ni manje orangnye, walaupon muke dye nampak brutal.. hoho.. masa mak Adam ajak makan pon, dye taknak.. nak fadh suap.. "I nak u suap i..".. erk??? terlebih sudah... hmmm... layan ajelah~~ tmasa ajak balik pon, adam nak ikot... hahah... serius! siap mintak izin daripada ayah dye... tapi, ofkos le ayah dye tak bagi kan... hehehe... ade satu persamaan dengan aida.. Adam pon tanye pasal bintang... Adam cakap... "cantiklah bintang ni... I nak, boleh??" "u nak?? penat i buat tau... erm, tak boleh la.. kalau u ambik nanti, i nak pakai ape??" hehe... ade sesuatu yang menyentuh hati.... masa nak balik...... Adam cakap... "you.. you.. i love you..." hahah... malu...:p pastu fadh pon jawab... "i love you too..." "Adam senyum je..." "comel!!" hanya dalam hati..^_^


tak tau ape sebenarnye motif fadh buat entry nie.. hahahaha............. fadh rase..... fadh makin sayang dengan budak-budak la..... tak kesah pon budak tu selekeh ke.. smart ke.. but.. fadh still sayang diaorang... really3.... macam senang je nak rapat dengan budak-budak ni... tapi, ofkos la kena jage hati diaorang kan... sekali budak-budak dendam dengan kita... selamanye diaorang takkan suka kita.. INGAT tu!!! 


p/s: untuk diri sendiri terutamanye.....


bintang-bintang kecil yang mereka inginkan.....

sekian sahaja.....
wassalam.....

See and think what they're doing..
Friday, January 13, 2012 @ 11:17 PM | 1 Comment [s]

Salam..
Hayatilah video ini..


p/s
"BUAT INGATAN DIRIKU JUGA"

aNgAh wEdDiNg'S dAy......:)
Tuesday, December 27, 2011 @ 12:51 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...
hee~~
fadh dapat abang lagi..
huhu..
abang yang ketiga..

camni..
angah fadh kawen 25/12/11..
nikahnye pukul 9 pagi kat rumah..
pastu pukul 11 pagi jamuan kat Dewan Taman ungku Tun Aminah..

fadh sedih...
sebab tak dapat tengok angah nikah..
fadh, adik ngn bang jat dok kat dewan..
susun godiz ngan kemas cket2..

bila masuk dewan je..
teringat dulu-dulu
masa kat maahad..
selalu je kemas2 dewan..
macam orang kawen..
cuma masa tu takde pelamin je..
heee..

ok..
back to story..
huhu..
ade citer best dan ade citer yang tak best sepanjang majlis semalam..
tapi kat sini..
nak citer yang best2 je..

ramai sedara mara datang..
orang yang pertama sekali sampai kat dewan..
moyang induk yang duduk kat Singapore..
huhu..
pastu Bos abah..
dan seterusnye..
fadh x kenal..
hehe..

ni first time buat majlis kawen kat dewan..
dulu masa along ngan alang kawen buat kat kampung..
kampung pulak kat negeri sembilan
so,,
ramai sedara mara sebelah abah  tak dapat datng..
sebab jauh..
that's why masa angah kawen buat kat Johor..
bagi adil..
haa..
amek kaw..
ramai sangat sedare yang dtg..
seronok..
yang bestnye..
sedara sebelah mak dapat kenal ngan sedare sebelah abah..
nenek dapat jumpe uwan.. (besan)
mak mertua alang ngn along pon datang..
mak mertua fadh je tak datang..
(ceh... bila masa pulak le ade mak mertua kan?? berangan je lebih... hahahahaha)

mak pah pon datang dengan abang faizal...
mak pah ni jage fadh masa kecik2 dulu..
sekarang ni mak pah da ade 13 cucu..
huu..
terharu mak pah datang..
tak sempat nak amek gambar ngan mak pah..
:'(

huu...
kawan istimewa fadh pon datang..
fatin namanya..
kiteorang kenal sejak tadika lagi..
sekolah rendah sama2..
sekolah menengah sama2..
masuk ipg pon sama2..
cuma tak sama maktab ngan kos je..
fatin amek tesl kat ipg kampus ilmu khas, cheras..
hee~~

dalam pukul 4.30 petang, majlis pon selesai..
kiteorang kemas dewan..
sekali lagi teringat masa kat maahad dulu..
kemas dewan sama2..
hmm..
best..:)

ok..
lepas kemas dewan..
kiteorang balik rumah..
huhu...
yeay!
angah da kawen..
tinggal fadh ngan adik je x kawen lagi..
hohoho...
masa fadh kawen nanti nikah je la..
tak yah buat jamuan kat dewan...
buat kat rumah je...
minum kopi ngan makan karipap je..
boleh tak agak2??
sedara mara marah tak ek??
wakakaka..
gurau je..

ok..
kat sini ade la beberapa gambar yang fadh amek masa boring2 kat dewan sebelum majlis..
dan juga semasa majlis..

godiz2..

suasana pentas..

dj..

susunan dewan..

Raja Sehari je...

sesi bergambar..

makann kena control sebab org amek gambar..

adik dan sepupu..

cucu yang lena tidur di pangkuan atuk tersayang..
ngee~~

~
atuk sebelah mak..

nenek sebelah abah..

keluarga pengantin..

kemesraan sepupu sebelah mak dan abah..
irfan dan muaz..

keluarga pengantin..

teman istimewa..
sejak tadika..



akhir bicara..
teima kasih kapada yang datang pada majlis tersebut..
terima kasih juga kepada rakan2 yang sudi baca blog fadh..
sekian..
wassalam...



Teringin Nak Buat Brooch daripada Kain Felt..
Tuesday, December 13, 2011 @ 9:31 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum...

hari ni fadh cari2 video...
pastu terjumpe pulak video nk buat brooch..
nampak mcm senang..
huhu..
pape hal pon..
letak video dulu..
nti senang nak buat rujukan..'
hehe..

yang ni nampak simple dan senang..
comel..
^_^

yang ni pon simple..

yang ni a little bit tricky..

ni lagi senang..
guna gam je..
siap ade mesin khas lg..


yang ni pulak..
so sweet..
i like..
hehe..

sekian sahaja..
wsslm...
:)

Belajar Menjahit Pulak...
@ 8:58 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum...

hari ni terasa nak belajar menjahit pulak..
maksudnye..
nak belajar cara jahitan yang lain pulak..
setakat ni baru tau cket je..
insang pari ngn jelujur..
huhu...
terasa nak belajar jahitan silang pangkah pulak lah..
hehe..
so, 
fadh letak je video dlu, senang nk wt rujukan..

jahitan silang pangkah..

it sahaje..
sekian..
^_^

~kEk CaWaN cOkLaT~
Wednesday, November 30, 2011 @ 12:00 PM | 0 Comment [s]

BAHAN-BAHAN:

  • Mentega - 170gm
  • Tepung Gandum - 230gm
  • Tepung Penaik - 1 sudu kecil
  • Telur - 3 biji
  • Serbuk Koko - 80gm
  • Dadih asli (Yogurt) - 100gm
  • Susu Cair - 100ml
  • Gula Kastor - 180gm
  • Esen vanilla - 1sudu kecil
  • Hiasan A:Keju Krim, Madu, Krim
  • Hiasan B:Coklat Warna, Kismis,Coklat Butang
    CARA-CARA PENYEDIAAN:
  • Pukul gula dan Mentega hingga kembang.
  • Masukkan telur satu demi satu dan juga esen vanilla.
  • Masukkan tepung serbuk koko dan juga serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Masukkan dadih asli , susu cair sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Dibakar pada suhu 180°c selama 15 minit.


Older Post | Newer Post


Story About Stuff Links




Thanks