Aku Adalah Aku...
Inspirasi Peribadi Mulia.....
Tuesday, June 5, 2012 @ 1:26 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. sudah lama fadh tidak update blog ni.. almaklumla, konon2 busy.. hehe.. baru-baru ni fadh ade jumpe satu majalah ni.. MUSLIM TEENS namanye.. baru je ade kat pasaran.. mungkin kurang sesuai untuk fadh, tp fadh suke majalah ni sebab kartun2 dalam majalah ni cooomeeellllllll sangat!! nak lukis tak pandai.. actually, input dalam magazine ni tak la heavy sangat.. kire fadh boleh terima la input dalam majalah ni.. salah satunya bahagian Srikandi Syurga, fadh tak tau pun mengenai info ni sebelum ni.. yang ni fadh ambil daripada majalah Muslim Teens bilangan 3.. 

~ HALALKAN CAHAYA ITU ~

Suatu hari, seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hambali lalu dia berkata, 
"Wahai Imam Hambali, dengarlah kisahku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan Allah SWT. Sesungguhnya aku ini seorang wanita yang miskin, aku tidak punyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat sehingga kami tidak punyai lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara hidup kami empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya pada siang hari. "

"Di manakah suamimu?" tanya Imam Hambali.

"Suami saya gugur syahid apabila bertempur dengan Khalifah Al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak itu hidup kami melarat," jawab wanita itu.

Kemudian wanita itu menyambung lagi, 
"Disebabkan rumah saya tak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang, barulah saya dapat memintal benang. Pada suatu malam, ada khalifah dagang dari Syam datang lalu singgah berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga rumahku menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku apakah wang hasil jualan benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik khalifah itu halal untuk aku gunakan?"




Imam Hambali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya, 
"Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?"

Wanita itu menjawab dia adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang Imam Hambali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal soleh. Imam Hambali menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. 

Setelah tangisannya reda, maka Imam Hambali berkata, 
"Sesungguhnya aku amat takut akan azab Allah, kerana itu berilah aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu itu. Pulanglah ke rumah dan datanglah ke sini lagi esok hari."

Malam itu Imam Hambali berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT. Pada keesokan harinya, wanita itu kembali ke masjid untuk mendapatkan jawapan yang telah dijanjikan. 

"Bagaimana dengan jawapan mengenai pertanyaanku semalam?" 
tanya wanita itu sebaik sahaja dia bertemu dengan Imam HAmbali.

Lalu Imam Hambali berkata, 
"Wahai wanita solehah, sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serbanku ini. Sesungguhnya kanu seorang wanita yang luhur bertaqwa dan penuh rasa takut kepada Allah. Berkenaan pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu maka tidak halal kamu menggunakan wang hasil barangan jualan itu."

Mendengar jawapan daripada Imam Hambali, wanita itu merasa susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui seorang demi seorang bagi mendapatkan keizinan. 

Berita tentang wanita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita itu lalu memberinya wang sebanyak 10,000 dinar. Wanita itu menemui Imam Hambali sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya. 

"Khalifah juga pernah memberikan wang kepadaku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan kepada fakir miskin yang aku temui di jalan,"
jawab Imam Hambali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir miskin dan hanya mebgmbil sedikit sahaja daripada wang itu untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.


SubhanAllah... mulia sungguh mereka.. kalau kita, lantaklah.. janji aku SENANG.. fadh sendiri tak sampai tahap cmtu.. kalau orang bagi duit, biasenye kita akan ambil yang banyak kn? yang balance itu la yang selalunya kita spend untuk sedekah.. tu yang biasenye fadh nampak dan fadh pernah buat.. 

PESANAN untuk DIRI : 
from now on, kurangkan belanje dan budget untuk tolong orang lain sepatutnye lebih daripada sebelum ni.. hehe.. mcm tak kena dengan cerita tu kan? 


Older Post | Newer Post


Story About Stuff Links




Thanks