Aku Adalah Aku...
~AYAM MASAK UNGKEP~
Wednesday, November 2, 2011 @ 1:56 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Hari ni fadh nk share masakan jawa pulak la..
waalupun fadh x penah buat lg resepi ni..
nti fadh nk cube buat lah...
hehe..
^_^


ini ke hasilnye???
nk tau...
kena la cuba...


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)
  • Bahan-bahan A (untuk dikisar)
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)
  • Bahan tumis
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
  4. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  5. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur. Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
  6. Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!!


Older Post | Newer Post


Story About Stuff Links




Thanks