Aku Adalah Aku...
سلام مولد الرسول
Tuesday, February 15, 2011 @ 4:47 PM | 2 Comment [s]

Salam....
sekadar ingin berkongsi cerita..
hari ahad yang lepas (13/2/2011), unit kami (PPISMP PA) terpilih untuk mengikuti forum bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432 hijrah.. majlis dijalankan di Masjid Al-Azim, Melaka pada jam 9.00 malam...
ustaz Sulaiman menjadi 'chairperson', ahli panel pertama ialah ustaz Mohd. Fauzi Mustaffa dan ahli panel kedua ialah ustazah Salbiah Omar...

Ada satu perkara yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi yang fadh baru tahu ialah...

Di akhirat kelak, Abu Lahab (bapa saudara Rasulullah) yang berada di neraka akan diberi minum daripada celah2 jarinya setiap hari Isnin kerana Abu Lahab sangat gembira dan meraikan kelahiran anak saudaranya yang disebut-sebut dalam kitab-kitab sebelum al-quran..

Ustazah Salbiah dengan cara penyampaiannya yang amat bersahaja menarik minat fadh untuk mendengar lebih lanjut mengenai tajuk yang dibincangkan..

Forum tersebt berakhir pada jam 11.00 malam..


Tanggal 15/2/2011 sambutan maulidur Rasul dijalankan di masjid negeri Melaka iaitu, Masjid Al-Azim... sekali lag kelas kami terpilih untuk mengikuti perarakan. Laluan perarakan dimulakan dari Stadium Hang Tuah hingga ke Masjid Al-Azim, perjalanan sepanjang 5km tersebut mengambil masa lebih kurang sejam..

sempat bergambar sebelum berarak...

Alhamdulillah.. cuaca sangat cerah. Seawal jam 7 pagi, kami telah tiba di perkarangan stadium dan mula berarak pada jam 10 pagi.. Sepanjang perjalanan, kami membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah.. perjalanan sejam itu terasa begitu singkat.. kami tiba di Masjid Al-Azim pada jam 11.15 pagi..
Seusai makan tengah hari, kami pulang ke maktab...

Sungguh seronok kerana dapat sesuatu yang baru hari ini.. yang pertama: bersabar. yang kedua: bersyukur yang ketiga: kerjasama....
hope dapat join lagi tahun hadapan... (^_^)


Older Post | Newer Post


Story About Stuff Links




Thanks