Aku Adalah Aku...
Mangan Yok!!
Monday, November 29, 2010 @ 1:20 AM | 0 Comment [s]

Salam semua! Hari ni fadh nak share something... korg penah dengar perkataan belangkas x? siput gonggong? ikan mayong? hmmm...... mungkin pernah...... korg penah makan belangkas.. siput gonggong.. dgn ikan mayong x? haa.... Sedap!!! 

Semalam (27/11),, fadh dengan family pergi kota tinggi... kiteorang singgah makan dekat warung Belangkas Mahkota.. 
INILAH TEMPATNYA...
Abah cakap menu kat sini special.. kat tempat lain susah nak jumpe.. Abah fadh pun order la... sambal belangkas, siput gonggong rebus dan asam pedas ikan mayong.....mula-mula memang la nampak cam tak selera.. tp... bila dah makan... Masya Allah......... Sedapnye....... Rase macam nak makan kat situ lagi bila ke Kota Tinggi...

Di sini ade sedikit info pasal belangkas...

bahagian depan
bahagian belakang

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Sedikit info pasal siput gonggong...

siput ni dok kat laut.. kat paya pun ada juga.. siput ni bersih.. isinya pun putih... siput gonggong ni banyak khasiatnye.. ia mengandungi gizi yang cukup bnyak.. cara masak siput ni..rebus je,, pastu cecah dangan sambal belacan... nak keluarkan isi siput ni kena cungkil guna pencungkil gigi.. 

cungkil dulu....

Yang ni pula gambar-gambar lauk yang kami makan....

nampak menyelerakan...
rupa-rupanya... telur belangkas yang di makan... isinye tak banyak.. maklumlah.. kulit tebal..
inilah dia siput gonggong..
ini pula asam pedas ikan mayong...



Alhamdulillah.....
dapat juga fadh rasa rezeki Allah yang lain daripada yang lain semalam....

 


Older Post | Newer Post


Story About Stuff Links




Thanks